Sebagai seorang muslim kita sangat dianjurkan
agar selalu memanjatkan rasa syukur kepada Allah swt. Terutama ketika kita
memperoleh nikmat dari-Nya atau diselamatkan dari suatu musibah. Adapun cara
menyampaikan rasa syukur kepada-Nya, Rasulullah saw telah mencontohkan kepada
kita, antara lain melalui solat, sujud dan doa.
Panduan Solat Sunat Syukur dan Sujud SyukurSerta Doa | Syukur ertinya berterima kasih kepada Allah swt.. Tentang mensyukuri nikmat Allah swt menegaskan di dalam firman-Nya: “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahnya. Tetapi, jika kamu mengingkarinya sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7).
Doa Syukur
yang dicontohkan di dalam Al-Qur’an:
sumber:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim)
Panduan Solat Sunat Syukur dan Sujud SyukurSerta Doa | Syukur ertinya berterima kasih kepada Allah swt.. Tentang mensyukuri nikmat Allah swt menegaskan di dalam firman-Nya: “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahnya. Tetapi, jika kamu mengingkarinya sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7).
Solat Sunat Syukur
Dikerjakan
apabila seseorang itu selesai / berjaya melakukan sesuatu pekerjaan, dalam
Al-Quran ada menyebut: "Apabila selesai kerjamu, maka bangun sembahyang
dan kepada tuhan kamu kemukakan pertolongan.. (Al-Insyira 7 - 8).
Syarat Sahnya
adalah sama seperti mengerjakan solat fardhu, iaitu:
1.
Berwuduk
2.
Menghadap kiblat,
3.
Menutup aurat
4.
Suci pakaian dan tempat sujud
Panduan
Solat Sunat Syukur
-
Dilakukan dengan dua rakaat. Ia dilakukan sebaik sahaja kerja atau nikmat itu
selesai atau diterima.
- Lafaz
Niatnya:
Sahaja aku sembahyang sunat syukur dua rakaat kerana Allah Ta'ala
- Rakaat
pertama: Membaca surah Fatihah dan surat
Al-Ikhlash.
- Rakaat
kedua: Membaca surah Fatihah dan surat
Al-Kafirun.
- Dalam
ruku’ dan sujud pada rakaat pertama, sesudah membaca tasbih, bacalah:
اَلْحَمْدُ للهِ شُكْرًا شُكْرًا وَحَمْدًا حَمْدًا
Alhamdulilâhi
syukran syukran, wa hamdan hamdan
maksudnya:
Segala puji bagi Allah, terima kasih, terima kasih, dan segala pujian
kusampaikan kepada-Nya.
- Dalam
ruku’ dan sujud pada rakaat kedua, sesudah membaca tasbih, membaca:
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي اسْـتَجَابَ دُعَآئِي وَاَعْطَانِي
مَسْأَلَتِي
Alhamdulillâhil
ladzistajâba du’-âî wa a’thânî mas-alatî.
maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah mengijabah doaku dan memberi permohonanku.Sujud Syukur
-Dari Abu
Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang
mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.
-Sheikh
Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : “Sujud Syukur
dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang
dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”
Maka,
kesimpulanya Sujud Syukur disunatkan dilakukan dalam dua keadaan ini:
1. Ketika
baru memperolehi anugerah atau nikmat seperti seseorang yang diberitakan dengan
kelahiran anak, perkahwinan, kemenangan atau kejayaan yang diimpikan, dan apa
jua berita yang menggembirakan.
2. Ketika
terselamat daripada musibah. Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan
tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu
itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda.
Cara
Melakukan Sujud Syukur
Rukun
sujud syukur seperti berikut:
- Niat
- Takbiratul Ihram
- Sujud
(sekali sahaja)
- Bangun
daripada sujud (duduk) dan memberi salam
Niat
Sujud Syukur :
maksudnya:
Sahaja aku Sujud Syukur Kerana Allah Ta'ala
Doa Sujud
Syukur :
maksudnya: Aku
sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang
membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik
Pencipta.
Jika kita
terlupa atau tidak menghafal bacaan ini, tidak mengapa.
Kita
dibolehkan membaca sahaja yang bacaan yang selalu dibaca waktu sujud dalam
solat, atau cukup sekadar mengucapkan “Alhamdulillah”.
Doa Syukur
yang dicontohkan di dalam Al-Qur’an:
رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلَى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَ
أَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.
Rabbî
awzi’nî an asykura ni’matakal latî ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya, wa an a’mala
shâlihan tardhâhu, wa adkhilnî birahmatika fî ‘ibâdikash shâlihîn.
maksudnya:
“Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu
yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu
beramal shaleh yang Kau ridhai. Dengan rahmat-Mu masuk ke dalam golongan
hamba-hamba-Mu yang shaleh.” ( An-Naml/27: 19).
Secara
lebih khusus doa berikut ini oleh orang-orang yang telah mencapai usia 40
tahun:
Allah swt
berfirman: “…sehingga ketika ia telah dewasa dan mencapai usia empat puluh
tahun, ia berdoa:
رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلَى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَ
أَصلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَ إِنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ.
Rabbî
awzi’nî an asykura ni’matakal latî ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya, wa an a’mala
shâlihan tardhâhu, wa ashlihlî fî dzurriyyatî, innî tubtu ilayka wa innî minal
muslimîn.
maksudnya:
“Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu
yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu
beramal shaleh yang Kau ridhai. Karuniakan padaku kebaikan dalam keturunanku,
sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku termasuk orang-orang yang berserah
diri.” (Al-Ahqaf/46: 15).
p/s: Kita
digalakkan untuk melakukan tatacara yang paling sempurna dan pandangan ulama’
yang paling ramai. Lagipun, ia tidaklah sesukar mana. Maka, manfaatkanlah
peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat.
Ini kerana, dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah
SAW.
Selain
itu, ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur apabila menerima
perkhabaran gembira, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau dan nikmat
kurniaan Allah.